Mustapa Hj Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946

di Bagan Datok, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gombak Lane dan mengikuti kelas malam di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau merupakan antara artis yang menubuhkan Kumpulan Anak Alam pada 1974. Sehingga kini, beliau setia dengan cara hidup sederhana yang diamalkan oleh ahli Kumpulan Anak Alam.


Mustapa Hj Ibrahim sering dikaitkan dengan aktiviti Kumpulan Anak Alam. Namun, beliau memulakan kelas melukis anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) di Studio Taman Budaya, Jalan Ampang pada akhir 1960-an. Perkembangan awalnya melihatnya lebih kepada pelukis potret dan pemandangan. Mengenai subjek naturalisme, dia semakin sedar bahawa lukisan itu tidak terhad secara nyata hanya tentang alam, tetapi juga intipati atau semangat alam semesta itu sendiri. Mustapa gemar mencipta pelbagai karya dalam bentuk bersiri.

Mustapa Hj Ibrahim was born in 1946 in Bagan Datok, Perak. He received his early education in Gombak Lane School and attended night classes at Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur. He was one of the artists who established the (Kumpulan Anak Alam) in 1974. Until now, he is loyal to the simple way of life practiced by the members of Kumpulan Anak Alam. Mustapa Hj Ibrahim was often associated with the activities of the Kumpulan Anak Alam.


Still, he started painting classes organized by the Angkatan Pelukis Semalaysia (APS) at Studio Taman Budaya, Jalan Ampang in the late 1960s. His early development saw him more of a portrait and scenery painter. On the subject of naturalism, he grew increasingly aware that the painting is not expressly limited to only about nature, but also of the essence or spirit of the universe itself. Mustapa liked to create a variety of works in serial forms.

Story


Balai Seni Negara mengadakan pameran “Projek Arkib: Mustapa Hj Ibrahim” bermula 26 Jun 2024 hingga 21 Januari 2025 di Galeri Potret, Balai Seni Negara. Pameran arkib ini menghimpunkan koleksi nadir Mustapa Hj Ibrahim yang telah didaftarkan sebagai koleksi seni visual negara seperti fotografi hitam putih dan warna, manuskrip puisi, cetakan sutera saring, catan serta dua buah arca. Selain memperingati tokoh pelukis terkenal ini, pameran “Projek Arkib: Mustapa Hj Ibrahim” turut bertujuan untuk menyebar kesedaran ‘pendokumentasian’ dalam kalangan seniman-seniman muda untuk membangunkan arkib mereka sendiri sebagai kepentingan nilai sejarah seni di masa hadapan.



Melepaskan Mama di Pekat Kabus

76 x 82 cm

Oil on canvas

1971

Private collection, Kuala Lumpur


Untitled

69 x 53 cm

Acrylic on canvas

2005

Private collection, Kuala Lumpur

Gejolak (C)

90 x 130 cm

Acrylic on canvas

1987

Private collection, Kuala Lumpur